Episodes

Monday May 17, 2021
Monday May 17, 2021
Pada bulan Ramadhan 2021 yang lalu, kita dikejutkan dengan sebuah berita yang kini tular di media-media sosial. Saudara seagama kita di Palestin kini sedang diuji dengan dugaan yang berat dan zalim dari puak Zionis laknatullah.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan menemu ramah seorang aktivis Palestin, Saudara Umar Ismail yang bergiat aktif dalam misi bantuan dan kemanusiaan. Beliau juga akan berkongsi pengalaman ketika misi di Gaza, pembersihan etnik di Sheikh Jarrah dan pandangan terhadap penjajahan yang berlaku.

Thursday Apr 08, 2021
Kultura Podcast #22 : Cabaran Wanita Abad ke-21
Thursday Apr 08, 2021
Thursday Apr 08, 2021
Hak sama rata antara jantina atau "gender equality" merupakan salah satu filosofi moden yang selalu dibincangkan tidak kira di universiti, forum-forum sosial mahupun di tempat kerja. Fahaman ini juga tidak dapat dipisahkan dengan gerakan feminis yang kian aktif di dalam dan di luar negara Malaysia.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh wanita dizaman ini bersama Salida Baharum yang merupakan seorang penganalisis data dan sukarelawan wanita.

Friday Apr 02, 2021
Friday Apr 02, 2021
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan membedah sebuah buku hasil karangan Ustaz Darus Senawi yang bertajuk "Kembara Darus Senawi 1963" bersama tetamu minggu ini, Izzat Ibrahim.
Izzat Ibrahim merupakan seorang aktivis sepenuh masa dan penulis yang pernah menerbitkansebuah buku yang berjudul "Camp De Calais". Beliau juga akan berkongsi kisah penerbitan buku beliau disamping sedikit ilmu teknikal dalam penulisan buku.

Friday Mar 26, 2021
Kultura Podcast #20 : Polemik Kalimah Allah di Malaysia
Friday Mar 26, 2021
Friday Mar 26, 2021
Pada awal bulan ini, mahkamah tinggi Malaysia telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan penerbitan pendidikan bagi penganut Kristian secara bersyarat. Keputusan mahkamah ini telah mengundang pelbagai persepsi dikalangan masyarakat terutama yang beragama Islam di Malaysia.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan membincangkan isu ini dengan lebih terperinci bersama Ustaz Mohammad Umar Aiman Osman yang merupakan seorang penulis kitab, guru tafsir dan Exco Biro Dakwah bagi organisasi HALUAN.

Friday Mar 19, 2021
Kultura Podcast #19 : Suami vs. Isteri - Siapa yang lebih pandai memasak?
Friday Mar 19, 2021
Friday Mar 19, 2021
Bidang memasak atau kulinari sering dikatakan telah didominasi oleh golongan lelaki. Pada masa yang sama, tanggungjawab memasak di rumah pula lebih dominan dengan peranan seorang isteri. Benarkah begitu?
Pada kali ini, Syed Ahmad Fathi akan berdiskusi dengan Ikram Zulkaflee yang merupakan seorang pemain ragbi semi-pro bagi pasukan ALSPEN Stingers RC dan pada masa yang sama merupakan pengasas/chief baker untuk syarikat bakeri Baekers Cookies.

Saturday Mar 06, 2021
Kultura Podcast #18 : Penulisan puisi moden
Saturday Mar 06, 2021
Saturday Mar 06, 2021
Pada penghujung tahun 2019, aku bersama Syed Ahmad Fathi dan Bilal telah memuatkan hasil tulisan kami dalam sebuah buku puisi moden yang bernama Maka Kitab Itu Pun Menyanyi. Buku ini merupakan buku sulung kami yang cuba bereksperimentasi dengan menampilkan tiga tema yang berbeza dalam satu naskah.
Pada episod kali ini, aku bersama Syed Ahmad Fathi akan mengulas tentang proses pembikinan dan pandangan terhadap buku tersebut.

Friday Feb 26, 2021
Kultura Podcast #17 : Trend pembelajaran online di Malaysia.
Friday Feb 26, 2021
Friday Feb 26, 2021
Sistem pendidikan di Malaysia telah berhadapan dengan cabaran yang besar apabila sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan sesi pembelajaran secara atas talian mula dipraktikkan dikalangan guru dan pelajar.
Pada kali ini, aku sempat berbincang tentang trend pembelajaran online ini bersama Mohamad Naim, seorang guru yang kini berkhidmat di sebuah sekolah di Bera, Pahang.

Monday Feb 22, 2021
Kultura Podcast #16 : Vaksin Halal
Monday Feb 22, 2021
Monday Feb 22, 2021
Pada awal minggu ini, kita telah berjaya menerima vaksin Pfizer-BioNTech bagi kumpulan yang pertama. Berita ini telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat di Malaysia sehingga timbulnya isu 'vaksin halal'.
Di episod kali ini, aku dan Syed Ahmad Fathi akan berbincang dengan lebih mendalam tentang sejauh mana relevannya isu vaksin halal ini dari sudut sains dan agama.

Tuesday Feb 16, 2021
Kultura Podcast #15 : Cabaran industri pelancongan di Malaysia.
Tuesday Feb 16, 2021
Tuesday Feb 16, 2021
Sektor pelancongan merupakan sektor ketiga terbesar bagi negara Malaysia dengan kadar 15.9% KDNK pada tahun 2019 yang berjumlah RM240 bilion. Sektor ini juga merupakan salah satu sektor yang paling terkesan oleh pandemik Covid yang melanda dunia.
Pada kali ini, aku akan bersembang dengan Fahmi Malik, seorang pengurus resort di Mersing, Johor.

Sunday Feb 07, 2021
Sunday Feb 07, 2021
Tanpa kita sedar, gerakan dakwah khususnya di Malaysia telah lama berhadapan dengan masalah eksklusivisme baik di peringkat bawahan hingga ke peringkat nasional. Bagaimana pula dengan teori "American Exceptionalism"? Adakah ianya relevan atau sekadar khayalan Amerika?
Pada episod kali ini, saya akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang isu-isu menarik yang dibangkitkan dalam buku yang bertajuk Berfikir Tentang Pemikiran, hasil tulisan Syed Ahmad Fathi.