February 26, 2021
Sistem pendidikan di Malaysia telah berhadapan dengan cabaran yang besar apabila sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan sesi pembelajaran secara atas talian mula dipraktikkan dikalangan guru dan pelajar.
Pada kali ini, aku sempat berbincang tentang trend pembelajaran online ini bersama Mohamad Naim, seorang guru yang kini berkhidmat di sebuah sekolah di Bera, Pahang.
February 22, 2021
Pada awal minggu ini, kita telah berjaya menerima vaksin Pfizer-BioNTech bagi kumpulan yang pertama. Berita ini telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat di Malaysia sehingga timbulnya isu 'vaksin halal'.
Di episod kali ini, aku dan Syed Ahmad Fathi akan berbincang dengan lebih mendalam tentang sejauh mana relevannya isu vaksin halal ini dari sudut sains dan agama.
February 16, 2021
Sektor pelancongan merupakan sektor ketiga terbesar bagi negara Malaysia dengan kadar 15.9% KDNK pada tahun 2019 yang berjumlah RM240 bilion. Sektor ini juga merupakan salah satu sektor yang paling terkesan oleh pandemik Covid yang melanda dunia.
Pada kali ini, aku akan bersembang dengan Fahmi Malik, seorang pengurus resort di Mersing, Johor.
February 7, 2021
Tanpa kita sedar, gerakan dakwah khususnya di Malaysia telah lama berhadapan dengan masalah eksklusivisme baik di peringkat bawahan hingga ke peringkat nasional. Bagaimana pula dengan teori "American Exceptionalism"? Adakah ianya relevan atau sekadar khayalan Amerika?
Pada episod kali ini, saya akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang isu-isu menarik yang dibangkitkan dalam buku yang bertajuk Berfikir Tentang Pemikiran, hasil tulisan Syed Ahmad Fathi.
January 22, 2021
Pandemik yang melanda dunia telah memberi satu tamparan yang besar kepada semua, tidak kira anda seorang jutawan kosmetik, politikus, abang posmen, mahupun ejen insurans. Malah pelbagai sektor ekonomi kini menghadapi krisis yang serius dan salah satunya adalah sektor perkapalan kita.
Pada episod kali ini, aku akan bersembang bersama kawan lama iaitu Kurt, berkenaan dengan industri perkapalan Malaysia dan pengalaman beliau sebagai seorang pelaut tegar.
January 15, 2021
Pada minggu ini, tular di media sosial berkenaan seorang remaja perempuan yang di buli di alam maya hingga menarik perhatian pelbagai pihak. Masalah buli siber ini bukanlah suatu hal yang baru dan kian meruncing hari demi hari.
Pada kali ini, saya dan Syed Ahmad Fathi akan mengulas tentang buli siber, akta komunikasi & multimedia, dan selingan tentang berdebat di media sosial.
December 30, 2020
Kesihatan mental dan tekanan dalam pekerjaan saling berkait rapat. Pada awal bulan ini, kita dikejutkan dengan berita seorang bekas doktor pelatih dikatakan membunuh diri akibat dari tekanan kerja.
Pada episod kali ini, saya dan Syed akan berbincang tentang isu budaya di tempat kerja dan isu pelarian Rohingya.
December 22, 2020
Pada tahun 2020, sebanyak 500 juta laman blog dengan kira-kira 7 juta posting setiap hari.
Untuk episod kali ini, Syed Ahmad Fathi dan saya akan membincangkan trend blogging dan menilai adakah ianya masih lagi merupakan platform yang relevan di kalangan masyarakat umum.
December 6, 2020
Pada episod #9, aku akan berbual santai bersama Elham Syah, seorang vokalis kumpulan pop punk "Classmates" merangkap usahawan dalam dunia muzik tanah air. Jikalau Mak Dara masih ada, sudah tentu pandangan beliau terhadap ahli muzik akan berubah 360 darjah.
November 28, 2020
Pada episod kali ini, kami akan membincangkan senarai buku yang telah kami baca pada tahun ini dan beberapa buku menarik untuk tahun 2021.