Episodes

Saturday Jul 22, 2023
Kultura Podcast #45 : Starlink di Malaysia & Sanusi the mahkamah story
Saturday Jul 22, 2023
Saturday Jul 22, 2023
Berita tentang pelancaran kenderaan elektrik Tesla baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai orang terutamanya peminat automotif. Kini rakyat Malaysia berpeluang memiliki kenderaan elektrik itu secara terus dari Tesla bermula dari tahun 2024. Dalam pada masa yang sama juga, Malaysia bakal mendapatkan khidmat Starlink untuk menyelesaikan masalah internet di institusi-institusi awam.
Pada episod kali ini, kami akan membincangkan tentang teknologi Starlink dan juga kes Dato' Seri Sanusi yang ditahan polis baru-baru ini.

Friday Jul 14, 2023
Kultura Podcast #44 : Kopitalk 5.0
Friday Jul 14, 2023
Friday Jul 14, 2023
Seperti yang kita tahu, keadaan ekonomi di negara ini telah menjadi semakin meruncing dan ramai antara kita yang terkesan dengan kenaikan harga barangan asas. Pelan pemulihan ekonomi yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan kini mengundang pelbagai persepsi dari setiap lapisan masyarakat.
Pada episod kali ini kami akan membincangkan keadaan ekonomi semasa Malaysia, proses pindah ke Sarawak, penulisan buku baru dan "healing" zaman moden.

Wednesday Jun 28, 2023
Kultura Podcast#43 - Kopitalk Edisi 4.0
Wednesday Jun 28, 2023
Wednesday Jun 28, 2023
Program latihan amali (internship) di Malaysia sering kali dikaitkan dengan layanan yang tidak adil oleh majikan dari segi skop kerja dan bayaran yang diberikan. Baru-baru ini, seorang graduan telah memuat naik gambarnya tanda protes terhadap permasalahan ini.
Pada episod kali ini kami akan membincangkan masalah latihan amali (internship) di Malaysia, kenyataan seorang peguam yang mengkritik Sabah dan Sarawak dari segi peluang pekerjaan dan ramalan pilihan raya negeri tahun 2023.

Monday Jun 19, 2023
Kultura Podcast EP#42 : Menziarahi masyarakat orang asli RPS Air Banun
Monday Jun 19, 2023
Monday Jun 19, 2023
Pada minggu lepas, kami di Kultura Podcast berkesempatan untuk turut serta di sebuah program yang dianjurkan oleh pihak NGO HALUAN di perkampungan orang asli Air Banun, Gerik, Perak.
Pada episod kali ini, kami akan mengupas tentang pengalaman kami dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di sana.

Saturday May 27, 2023
Kultura Podcast#41 - Kopitalk Edisi 3.0
Saturday May 27, 2023
Saturday May 27, 2023
Pada Kopitalk kali ini, kami akan mengupas beberapa perkara yang sering dimuat naik di media sosial sejak kebelakangan ini seperti berita rampasan jam LGBT oleh pihak KDN, isu mahkamah berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah, pengalaman menghadiri mesyuarat PIBG dan budaya kerja generasi Z.

Thursday May 04, 2023
Kultura Podcast #40 : Caruman KWSP 20%
Thursday May 04, 2023
Thursday May 04, 2023
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah mengeluarkan sebuah cadangan untuk menaikkan peratusan caruman majikan dari 12% dan 13% ke 20%. Walaupun cadangan ini masih diperingkat awal, namun beberapa pihak yang membawa suara majikan telah tampil memberikan pendapat mereka.
Pada episod kali ini, kami akan membincangkan cadangan baharu ini dari pelbagai sudut pandang yang berbeza dan sekali gus membandingkan sistem pencen yang terdapat di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Sunday Mar 05, 2023
Sunday Mar 05, 2023
Abu Abdallah Muhammad XII atau dikenali sebagai Boaabdil dari kaca mata sejarawan Eropah, merupakan sultan terakhir dari Bani Nasr yang suatu ketika dahulu pernah memegang tampuk pemerintahan empayar Islam di Granada, Sepanyol. Namanya sering dimuatkan dalam teks-teks sejarah sebagai seorang pemimpin yang lemah dan pengecut, sehingga menyebabkan kerajaan Islam tidak lagi bertapak di Iberia selepas jatuh ke tangan Monarki Katolik Sepanyol
Pada episod kali ini, kami akan merungkai dan membincangkan sudut pandang kami terhadap Boabdil dan keadaan Sepanyol dibawah pemerintahan Ferdinand II.

Monday Feb 13, 2023
Monday Feb 13, 2023
Episod yang kami siarkan minggu lalu telah mengundang pelbagai persepsi dari banyak pihak. Kami di Kultura Podcast akan sentiasa meraikan perbezaan pendapat dan buah fikiran. Kami percaya setiap perbezaan itu jika dilihat dengan minda yang terbuka dan dari perspektif yang berbeza, kita akan sentiasa belajar sesuatu.
Untuk berlaku adil, pada episod kali ini, Kultura Podcast telah menjemput salah seorang profesional didalam bidang Maritim di Malaysia dan beliau juga merupakan salah seorang graduan kejuruteraan dari Rusia.

Thursday Feb 09, 2023
Kultura Podcast #37 - Belajar di Rusia merapu dan mengundang penyesalan?
Thursday Feb 09, 2023
Thursday Feb 09, 2023
Beberapa hari lepas, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengumumkan bahawa kerajaan Rusia bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada mahasiswa Malaysia yang layak untuk menyambung pengajian di negara itu. Namun terdapat segelintir sentimen negatif yang tular di media sosial tentang program pembelajaran ini.
Sebagai graduan dari Rusia, kami ingin mengambil kesempatan pada episod kali ini untuk berkongsi pandangan tentang sistem pembelajaran di Rusia dan pengalaman kami sebagai mahasiswa di sana.

Thursday Jan 26, 2023
Kultura Podcast #36: Menganalisa teori Graham Hancock
Thursday Jan 26, 2023
Thursday Jan 26, 2023
Beberapa minggu lepas, kami telah menonton sebuah dokumentari di Netflix yang bertajuk Ancient Apocalypse oleh Graham Hancock – seorang wartawan yang penuh dengan kontroversi dikalangan ahli arkeologi dunia. Beliau mendakwa tamadun manusia yang maju telah lama wujud sejurus selepas tamatnya zaman ais.
Pada episod kali ini, kami akan Bersama-sama mengupas teori Hancock. Adakah ia benar-benar dapat dibuktikan oleh penemuan saintifik atau sekadar "Pseudo-archeology"?