Episodes

Tuesday Jan 23, 2024
Kultura Podcast #55 : Borak filem Lion Of The Desert
Tuesday Jan 23, 2024
Tuesday Jan 23, 2024
Libya pada suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh Itali setelah kerajaan Uthmaniyah gagal mempertahankan Libya dalam perang Itali-Turki pada tahun 1912. Walaupun begitu, pihak Itali telah menerima pelbagai bentuk penentangan dari kelompok Arab badwi yang enggan mengakui Itali sebagai sebuah kerajaan yang sah. Salah seorang tokoh yang popular adalah Omar al-Mukhtar Muhammad, seorang imam yang aktif berjuang melawan Itali dan ideologi fasisme yang dibawa oleh Benito Mussolini.
Pada episod kali ini, kami akan mengupas serba sedikit berkenaan filem Lion Of The Desert yang diarahkan oleh Moustapha Akkad dan diterbitkan pada 1981.

Tuesday Jan 09, 2024
Kultura Podcast #54 : Analisis perjuangan kemerdekaan Palestin
Tuesday Jan 09, 2024
Tuesday Jan 09, 2024
Permulaan tahun 2024 menyaksikan perang di Gaza tidak menunjukkan tanda-tanda ia bakal berakhir. Israel terus membunuh masyarakat awam termasuklah kanak-kanak dan wanita di Gaza, dan para pejuang pembebasan Palestin terus berjuang melawan penjajahan Israel.
Episod kali ini sekali lagi membawakan aktivis Palestin, saudara Umar Ismail bagi membincangkan situasi pada hari ke-93 peperangan. Dalam episod kali ini saudara Umar Ismail dan Syed Ahmad Fathi akan membincangkan beberapa aspek perang seperti kemusnahan infrastruktur, kekuatan pejuang pembebasan setelah 3 bulan berperang, juga peranan kumpulan-kumpulan lain seperti Hezbollah dan Houtis. Akhir sekali, persoalan arah tuju perang ini akan dianalisa dan sejauh mana ia akan mengubah situasi di Palestin.

Monday Dec 11, 2023
Kultura Podcast#53 : Ulasan senarai buku Goodreads 2023
Monday Dec 11, 2023
Monday Dec 11, 2023
Tahun 2023 semakin sampai ke penghujungnya. Seperti tahun-tahun yang lalu, pada bulan Disember kami akan berkongsi dan menghurai secara ringkas tentang senarai buku yang telah kami baca sejak dari awal tahun.
Berikut adalah senarai buku yang dibincangkan dalam episod kali ini.
Senarai Syed Ahmad Fathi
1. The Moor's Last Stand : How Seven Centuries of Muslim Rule in Spain Came to an End (Elizabeth Drayson)
2. A Brief History of the Universe (J.P. McEvoy)
3. Renung. Dialektika Jalanan (Izzuddin Khalis)
4. The Darkening Age: The Christian Destruction of the Classical World (Catherine Nixey)
5. Socrates (Anthony Gottlieb)
6. Seni Dalam Peperangan (Sun Tzu)
7. What is History? (Edward Hallett Carr)
8. Satu Hari Bahagi Seribu (Sue Emoqwin)
9. From The Meadows of Gold (Al-Mas'udi)
10. First as Tragedy, Then as Farce (Slavoj Zizek)
11. Mahasiswa & Universiti (Usaid Asmadi)
12. Mencari Al-Haq (Mohd Nasir Hashim)
13. Melayu Maha Mulia (Hadri Shah)
14. Palestine: A Four Thousand Year History (Nur Masalha)
15. Memori Untuk Dijual (Sue Emoqwin)
Senarai Mel Zainal
1. The Innocents Abroad (Mark Twain)
2. Animal Farm (George Orwell)
3. 1984 (George Orwell)
4. Yakuza Moon (Shoko Tendo)
5. Interpreter of Maladies (Jhumpa Lahiri)
6. Puisi-Puisi Pilihan (Usman Awang)
7. Nazi Di Hujung Jari (Moustapha Abbas)
8. Adrenalina (Zlatan Ibrahimovic)
9. Negara Islam (Hamka)
10. Children of a Bus Conductor: Musings of Growing Up in Olad Malacca (Dr. Ong Puay Hoon)
12. Tales from the Cafe (Toshikazu Kawaguchi)
13. A Brief History of Khubilai Khan (Jonathan Clements)

Thursday Nov 23, 2023
Kultura Podcast #52 : Serangan jantung di usia 30-an
Thursday Nov 23, 2023
Thursday Nov 23, 2023
Seringkali kita dengar tentang kempen kerajaan untuk mengurangkan risiko sakit jantung dikalangan rakyat Malaysia. Statistik juga telah menunjukkan kadar sakit jantung di kalangan orang muda kian meningkat dari tahun ke tahun.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan berkongsi tentang pengalaman beliau sebagai pesakit jantung di awal umur 30-an.

Wednesday Oct 18, 2023
Kultura Podcast #51 : Adakah 2023 bakal menjadi tahun pembebasan Palestin?
Wednesday Oct 18, 2023
Wednesday Oct 18, 2023
Pada 6 Oktober 2023, pejuang-pejuang pembebasan Palestin dari Hamas telah melakukan operasi “Taufan Al-Aqsa” yang telah melumpuhkan tentera kolonial Israel di sempadan Gaza. Secara tidak langsung, operasi ini boleh dikatakan sebagai faktor utama yang bakal mengubah landskap geopolitik dunia, termasuklah usaha normalisasi Israel dengan negara-negara Arab dan Turki.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan berbincang dengan aktivis Palestin, Umar Ismail mengenai perjuangan pembebasan Palestin dari cengkaman kolonial Zionis. Mereka akan menganalisa perkembangan terbaru ini dari pelbagai sudut terutamanya aspek kekuatan ketenteraan, strategi tempur, dan juga perjalanan operasi Taufan Al-Aqsa. Disamping itu, mereka juga akan mengulas tentang peranan rakyat Malaysia dalam menggunakan media sosial bagi membantu perjuangan Palestin.

Sunday Oct 15, 2023
Kultura Podcast #50 - Pengalaman hidup di Sarawak dan konflik Palestin
Sunday Oct 15, 2023
Sunday Oct 15, 2023
Dunia dikejutkan dengan serangan tentera Hamas ke atas negara haram Israel. Kali ini impaknya lebih besar dari konflik yang telah kita saksikan sebelumnya.
Pada kali ini kami akan bersembang soal kehidupan di negara Sarawak dan isu konflik Israel-Palestin.

Tuesday Aug 29, 2023
Kultura Podcast #49 : Sembang Usahawan
Tuesday Aug 29, 2023
Tuesday Aug 29, 2023
Sejak beberapa tahun yang lalu, sudah menjadi trend generasi muda yang lebih memilih untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan berbanding dengan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Antara alasan yang sering kita dengar adalah bidang keusahawanan ini jauh lebih mudah kerana dengan bantuan teknologi sedia ada, mereka mampu menjadi jutawan di usia muda walaupun tidak mempunyai segulung ijazah.
Pada episod kali ini, kita akan mendengar perkongsian pengalaman dari Tuan Ruqaimi Rabbani, selaku usahawan berjaya di Malaysia.

Friday Aug 18, 2023
Kultura Podcast #48 : Analisa gelombang pilihan raya negeri 2023
Friday Aug 18, 2023
Friday Aug 18, 2023
Keputusan pilihan raya negeri yang lepas hampir sama dengan apa yang pernah kami bincangkan di episod lepas. Agihan kerusi DUN terutamanya di negeri Kelantan dan Pulau Pinang sedikit sebanyak membuka mata para penganalisa politik tanah air.
Pada episod kali ini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menganalisa dan membuat rumusan tentang keputusan PRN yang lalu.

Friday Aug 11, 2023
Kultura Podcast #47 : Ulasan debat ekonomi Rafizi-Syahir
Friday Aug 11, 2023
Friday Aug 11, 2023
Pada hari Rabu lepas, telah berlangsungnya debat yang melibatkan Rafizi Ramli dan Syahir Sulaiman untuk mengetengahkan idea masing-masing berkenaan model ekonomi baharu untuk negara Malaysia.
Di episod kali ini kami akan memberikan ulasan dan pandangan kami terhadap kedua-dua individu ini.

Saturday Aug 05, 2023
Kultura Podcast #46 : Tips berlari bersama Coach Zawir
Saturday Aug 05, 2023
Saturday Aug 05, 2023
Aktiviti larian merupakan salah satu aktiviti yang boleh mendidik diri supaya dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat dan boleh mengelakkan gejala penyakit berbahaya menjelang usia tua. Tetapi tahukah anda aktiviti larian ini sebenarnya perlu dilakukan dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.
Pada episod kali ini, kami menjemput Coach Zawir untuk berkongsi beberapa tips dan pengalaman beliau dalan acara marathon di Malaysia.