Episodes
Saturday Aug 17, 2024
Kultura Podcast #59 : Ulasan Olimpik 2024 & Jenayah Siber
Saturday Aug 17, 2024
Saturday Aug 17, 2024
Pada temasya Olimpik yang lalu, rata-rata prestasi atlet negara mengundang banyak persepsi masyarakat terutamanya di media sosial. Di zaman yang serba moden ini, semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing di medan siber.
Pada kali ini kami akan membincangkan serba sedikit pendapat kami tentang sukan Olimpik 2024 dan jenayah siber yang makin berleluasa dikalangan rakyat Malaysia.
Sunday Jun 30, 2024
Kultura Podcast #58 : Ulasan kritikan buku Intelektual Yang Membosankan
Sunday Jun 30, 2024
Sunday Jun 30, 2024
Antara buku yang hangat dikritik oleh penulis-penulis mahupun golongan 'intelektual' di negara usai PBAKL yang lalu adalah sebuah buku yang bertajuk Intelektual yang Membosankan, hasil tulisan Syed Ahmad Fathi.
Pada episod kali ini, beliau akan mengulas dan menjawab tentang kritikan dan tohmahan yang dilemparkan pada beliau di media sosial dan berkongsi serba sedikit tentang bukunya.
Tuesday Apr 02, 2024
Kultura Podcast #57 : Buya Hamka - Renungan Hidup dan Mati
Tuesday Apr 02, 2024
Tuesday Apr 02, 2024
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dalam kuliah subuh ini, kami berbahagiakan perenungan mendalam tentang rahasia kehidupan dan kehidupan kekal yang kita sebutkan setiap dua minggu dalam pengajian Tassawuf ini. Diskusi spiritual ini mengeksplorasi kesejajaran antara kehidupan yang kita alami sekarang dan kehidupan kekal yang menanti kita.
Pertama dan utama, kita menjelajahi makna dan esensi kebahagiaan sejati dalam kehidupan ini yang hanya dapat dicapai melalui pengetahuan, kebaikan, dan kasih Tuhan. Kami merenungi pesan dan ajaran agung dari para Nabi - mulai dari Nabi Adam, Idris, Allah, Ibrahim, Ismail, Ishak, sampai kepada Yusuf, Musa, Isa, Daud dan Sulaiman - yang berisi petunjuk hidup dan pengetahuan keabadian.
Melalui refleksi dalam beragam wujud dan perspektif, kita membahas tentang eksistensialisme dan pentingnya kepuasan dalam hidup, serta perubahan sejati manusia setelah mati. Kami mengingatkan bahwa pandangan dunia ateisme dan skeptisisme sering kali tidak sejalan dengan rasa tahu yang berasal dari hati kita, dan bagaimana pandangan tersebut berbungkus dalam logika dari perspektif ilmu dan intuisi.
Menghargai setiap momen kehidupan dan merenungkan tujuan hidup kita adalah jalan menuju pemahaman yang lebih baik tentang keabadian. Kita juga merenungi konsekuensi dari kepercayaan kita, dan bagaimana akhlak dan amalan baik dapat mengarahkan kita ke jalan yang benar menuju kehidupan yang abadi.
Dalam pengajian ini, kontemplasi dan diskusi kami diharapkan dapat membantu kita semua untuk mempersiapkan diri menuju penyeberangan yang luas ke arah kehidupan kekal dan kebahagiaan abadi. Terima kasih dan semoga pengajian ini bermanfaat bagi kita semua.
Thursday Feb 01, 2024
Kultura Podcast #56 : Pelancaran buku Jurnal Seorang Rockers
Thursday Feb 01, 2024
Thursday Feb 01, 2024
Pada episod kali ini, aku akan mengulas serba sedikit berkenaan buku baharu yang aku terbitkan bersama Tochka Press.
Tuesday Jan 23, 2024
Kultura Podcast #55 : Borak filem Lion Of The Desert
Tuesday Jan 23, 2024
Tuesday Jan 23, 2024
Libya pada suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh Itali setelah kerajaan Uthmaniyah gagal mempertahankan Libya dalam perang Itali-Turki pada tahun 1912. Walaupun begitu, pihak Itali telah menerima pelbagai bentuk penentangan dari kelompok Arab badwi yang enggan mengakui Itali sebagai sebuah kerajaan yang sah. Salah seorang tokoh yang popular adalah Omar al-Mukhtar Muhammad, seorang imam yang aktif berjuang melawan Itali dan ideologi fasisme yang dibawa oleh Benito Mussolini.
Pada episod kali ini, kami akan mengupas serba sedikit berkenaan filem Lion Of The Desert yang diarahkan oleh Moustapha Akkad dan diterbitkan pada 1981.
Tuesday Jan 09, 2024
Kultura Podcast #54 : Analisis perjuangan kemerdekaan Palestin
Tuesday Jan 09, 2024
Tuesday Jan 09, 2024
Permulaan tahun 2024 menyaksikan perang di Gaza tidak menunjukkan tanda-tanda ia bakal berakhir. Israel terus membunuh masyarakat awam termasuklah kanak-kanak dan wanita di Gaza, dan para pejuang pembebasan Palestin terus berjuang melawan penjajahan Israel.
Episod kali ini sekali lagi membawakan aktivis Palestin, saudara Umar Ismail bagi membincangkan situasi pada hari ke-93 peperangan. Dalam episod kali ini saudara Umar Ismail dan Syed Ahmad Fathi akan membincangkan beberapa aspek perang seperti kemusnahan infrastruktur, kekuatan pejuang pembebasan setelah 3 bulan berperang, juga peranan kumpulan-kumpulan lain seperti Hezbollah dan Houtis. Akhir sekali, persoalan arah tuju perang ini akan dianalisa dan sejauh mana ia akan mengubah situasi di Palestin.
Monday Dec 11, 2023
Kultura Podcast#53 : Ulasan senarai buku Goodreads 2023
Monday Dec 11, 2023
Monday Dec 11, 2023
Tahun 2023 semakin sampai ke penghujungnya. Seperti tahun-tahun yang lalu, pada bulan Disember kami akan berkongsi dan menghurai secara ringkas tentang senarai buku yang telah kami baca sejak dari awal tahun.
Berikut adalah senarai buku yang dibincangkan dalam episod kali ini.
Senarai Syed Ahmad Fathi
1. The Moor's Last Stand : How Seven Centuries of Muslim Rule in Spain Came to an End (Elizabeth Drayson)
2. A Brief History of the Universe (J.P. McEvoy)
3. Renung. Dialektika Jalanan (Izzuddin Khalis)
4. The Darkening Age: The Christian Destruction of the Classical World (Catherine Nixey)
5. Socrates (Anthony Gottlieb)
6. Seni Dalam Peperangan (Sun Tzu)
7. What is History? (Edward Hallett Carr)
8. Satu Hari Bahagi Seribu (Sue Emoqwin)
9. From The Meadows of Gold (Al-Mas'udi)
10. First as Tragedy, Then as Farce (Slavoj Zizek)
11. Mahasiswa & Universiti (Usaid Asmadi)
12. Mencari Al-Haq (Mohd Nasir Hashim)
13. Melayu Maha Mulia (Hadri Shah)
14. Palestine: A Four Thousand Year History (Nur Masalha)
15. Memori Untuk Dijual (Sue Emoqwin)
Senarai Mel Zainal
1. The Innocents Abroad (Mark Twain)
2. Animal Farm (George Orwell)
3. 1984 (George Orwell)
4. Yakuza Moon (Shoko Tendo)
5. Interpreter of Maladies (Jhumpa Lahiri)
6. Puisi-Puisi Pilihan (Usman Awang)
7. Nazi Di Hujung Jari (Moustapha Abbas)
8. Adrenalina (Zlatan Ibrahimovic)
9. Negara Islam (Hamka)
10. Children of a Bus Conductor: Musings of Growing Up in Olad Malacca (Dr. Ong Puay Hoon)
12. Tales from the Cafe (Toshikazu Kawaguchi)
13. A Brief History of Khubilai Khan (Jonathan Clements)
Thursday Nov 23, 2023
Kultura Podcast #52 : Serangan jantung di usia 30-an
Thursday Nov 23, 2023
Thursday Nov 23, 2023
Seringkali kita dengar tentang kempen kerajaan untuk mengurangkan risiko sakit jantung dikalangan rakyat Malaysia. Statistik juga telah menunjukkan kadar sakit jantung di kalangan orang muda kian meningkat dari tahun ke tahun.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan berkongsi tentang pengalaman beliau sebagai pesakit jantung di awal umur 30-an.
Wednesday Oct 18, 2023
Kultura Podcast #51 : Adakah 2023 bakal menjadi tahun pembebasan Palestin?
Wednesday Oct 18, 2023
Wednesday Oct 18, 2023
Pada 6 Oktober 2023, pejuang-pejuang pembebasan Palestin dari Hamas telah melakukan operasi “Taufan Al-Aqsa” yang telah melumpuhkan tentera kolonial Israel di sempadan Gaza. Secara tidak langsung, operasi ini boleh dikatakan sebagai faktor utama yang bakal mengubah landskap geopolitik dunia, termasuklah usaha normalisasi Israel dengan negara-negara Arab dan Turki.
Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan berbincang dengan aktivis Palestin, Umar Ismail mengenai perjuangan pembebasan Palestin dari cengkaman kolonial Zionis. Mereka akan menganalisa perkembangan terbaru ini dari pelbagai sudut terutamanya aspek kekuatan ketenteraan, strategi tempur, dan juga perjalanan operasi Taufan Al-Aqsa. Disamping itu, mereka juga akan mengulas tentang peranan rakyat Malaysia dalam menggunakan media sosial bagi membantu perjuangan Palestin.
Sunday Oct 15, 2023
Kultura Podcast #50 - Pengalaman hidup di Sarawak dan konflik Palestin
Sunday Oct 15, 2023
Sunday Oct 15, 2023
Dunia dikejutkan dengan serangan tentera Hamas ke atas negara haram Israel. Kali ini impaknya lebih besar dari konflik yang telah kita saksikan sebelumnya.
Pada kali ini kami akan bersembang soal kehidupan di negara Sarawak dan isu konflik Israel-Palestin.